DI SEBALIK SABAR
Sabar itu sesuatu yang manis tetapi untuk mencapai tahap kemanisan memerlukan sebuah pengorbanan yang utuh dan hebat.
Dalam Al-Quran ada digariskan firman Allah yang bermaksud : "Jika seseorang itu ditimpa musibah maka dia mesti mengucapkan :
Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali " (Surah Al-Baqarah :156)
Lima yang perlu direnungi :
S : Sayang kepada Allah.
A : Amalkan sifat mahmudah.
B : Beramal walaupun ia sedikit tetapi berterusan.
A : Al-Quran dan Sunnah sentiasa di hati.
R : Redha atas semua ketentuan Allah.
Lima yang perlu kita jauhi :
S : Syaitan.
A : Angkuh dan Sombong.
B : Bersifat Negatif (bersangka buruk).
A : Angan-angan yang melalaikan.
R : Riyak.
Untuk menjadi insan yang rabbani tidak
semudah memetik jari. Namun kita perlu sentiasa bersabar atas segala
kesulitan dan terus berdoa kepada Rab al-'Alamin.
Kita juga perlu percaya kepada Qadak dan Qadar Allah kerana itu salah
satu daripada sifat wajib bagi kita yang bergelar Muslim. Sabar itu
sebahagian daripada Iman. Sabar itu seindah pelangi selepas hujan begitulah dugaan kerana Allah akan beri yg terbaik buat hamba-hamba-Nya yang bersabar.