Rabu, 19 September 2012

Kebaikan melahirkan Kebaikan


Bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Allah swt :
 

   وَمَا تُقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللّهِ إِنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Ertinya : "Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah : 110)

Benar lagi jelas, ayat ini bukan sahaja memberitahu perihal kebaikan balasan di Akhirat, malah juga balasan kebaikan di dunia lagi. 

Pertama kebaikannya itu akan dirasakan oleh pelaku itu sendiri. Dia sendiri akan berasa lega, gembira dan lapang, perasaan tertekan dan stress berkurangan yang bukan hanya boleh meningkatkan potensi kesihatan tubuh fizikal, malah juga ketenangan spiritual seseorang.
 
Lebih hebat, aura kebaikan dirinya itu boleh terpindah kepada orang di sekelilingnya seperti isterinya, anaknya, keluarga, jiran-jiran serta rakan setugas. Mereka turut boleh merasa aman, damai serta selesa.
Nabi s.a.w pernah mengingatkan berkenaan kesan dan pengaruh kebaikan seseorang yang boleh berpindah kepada orang di sekitarnya.
 
 الرجل على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

Ertinya : "Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya" ( Riwayat Abu Daud)
Demikian juga sabdaan Nabi :

إنما مثل الجليس الصالح وجليس السوء، كحامل المسك ونافخ الكير، فحامل المسك إما أن يُحذيك، وإما أن تبتاع منه، وإما أن تجد منه ريحاً طيبة، ونافخُ الكير إما أن يحرق ثيابك، وإما أن تجد منه ريحاً منتنة



Ertinya : "Perumpaan orang yang baik dan orang yang jahat itu adalah seperti penjual wangian dan tukang bakaran besi, Maka penjual wangian (kamu akan dapati kebaikan baunya) sama ada melalui pemberiannya, atau kamu beli darinya atau atau tempiasan baunya, adapun pembakar besi, sama ada ia akan membakar bajumu atau mendapat baunya yang busuk.." ( Riwayat Al-Bukhari) 
Jelas, berpunca dari kebaikan satu orang manusia, ia boleh bercambah kepada yang lain dan dirinya menjadi semakin selesa dan gembira. Maka jadikan diri kita sebagai TITIK MULA tersebut. Jangan beralasan dan asyik mengharapkan orang lain untuk memulakan. Memulakan sesuatu yang baik ditengah suasana keburukan adalah sifat mulia tugas kenabian. Ia kerap dirasakan pelik dan asing lalu dikritik dan ditertawa oleh sang penjahat.
Tiada sebarang ruginya untuk mengelak diri dari maksiat dan keburukan, serta bersikap lurus dan amanah dalam setiap urusan kehidupan kita bersama manusia lain.

Mengapa perlu kita menipu sedangkan ia tidak disukai jika terkena kita sendiri?.

Mengapa perlu memaki hamun sedang ia pedih buat orang lain dan juga diri kita?.

Mengapa perlu merasuah dan mengambil rasuah sedang ia hanya akan merosakan diri kita sendiri serta mengalakkan kehancuran dalam bisnes, hancur pula nilai kualiti.?

Bukankah bagus dan terpuji, jika kita mampu memahami hakikat itu di minda dan hati kita, lalu menjauhi keburukan yang tidak lain hanya akan meninggalkan stress kepada mental, fizikal dan spiritual kita. Namun mengapa masih keburukan menjadi pilihan?!.
Cuba fikir-fikrikan dalam-dalam dan jauh-jauh ke dalam diri kita, mencari sebutir iman yang masih berbaki, suburkan ia..suburkan ia....

Selasa, 18 September 2012

Mengikhlaskan Amalan kepada Allah.


Kalau ada Ikhlas, Insyaallah sempurna Amalan kita...

Cakap pasal ikhlas ni, sapa-sapa pun blh cakap dan habaq..perkataan yang amat-amat ringkas tapi kalau suruh buat dengan ikhlas atau rela hati...susah!!! nak tau pasaipa...sebab bisikan-bisikan iblis laknatullah dok hembuih kat telinga kita.. soal pasal iklaslaa...mai kita renung sikit Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah" .(Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Dari segi bahasanya ialah  bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka sesiapa yang ikhlas adalah mereka yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.

Dari segi istilah pula ialah  mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. 

 Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.
 

Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali r.a diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Firman Allah, "Katakanlah : Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)



Istiqamah



Abu Amrah bin sufyan bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Pesuruh Allah, katakan kepadaku tentang islam yang mana aku tidak akan tanya sesiapapun melainkan kamu. " Rasulullah menjawab yang bermaksud : " katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian istiqamahlah." (Riwayat Muslim ).
Istiqamah bermaksud berdiri teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Menurut Ibnu Qayyim, terdapat lima pra syarat bagi mencapai istiqamah dalam amalan :

  • Perbuatan tersebut mestilah dilakukan hanya kerana Allah (ikhlas).
  • Ia dilakukan dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan bukan taklid buta atau jahil.
  • Ibadah perlu dilakukan sebagaimana yang diperintah oleh syariat.
  • Perbuatan tersebut mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin bukan dengan lalai.
  • Memastikan diri melakukan apa yang disyariatkan tanpa tokok tambah dalam perkara ibadah.
Dalam memastikan istiqamah dalam sesuatu, terdapat tiga tahap yang perlu berjalan seiring iaitu :

  • Istiqamah Hati : jaga hati daripada sifat syirik dan mazmumah sebaliknya menghiasi diri dengan sifat mahmudah. surah al-furqan 25:32
  • Istiqamah Lisan : menjaga lisan supaya sentiasa berkata jujur dan berani kerana kebenaran atau Hak. surah Ibrahim 14:27
  • Istiqamah Perbuatan : Tekun dalam pekerjaan dan melakukan yang terbaik kerana Allah.

Pejuang Agama

Pesanan Berat Imam al-Ghazali RH,

Khusus Buat Para Pejuang Kebenaran......


Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja. Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, perniagaanmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.


Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar. Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.


Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”
Berjuang itu Berat,

Hanya Hati yang Benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan.

Adakah aku seorang pejuang agama-Mu Ya Allah???

KEHIDUPAN ABADI




                    


Tujuan kita adalah satu iaitu saat berjumpa dengan Rabbul Allamin.. Berakhir seluruh apa yang kita tempuhi dan kita jalani..dari kehidupan dunia kepada tujuan yang SATU iaitu berjumpa dengan Allah Tuhan sekalian alam..

Akan datang satu saat bila bibir kita tidak boleh lagi bergetar menyebut nama Allah..dan di saat itu, kita di turunkan ke dalam kubur kita dan wajah kita di buka dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita, lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan semua kaum kerabat..dan disaat itu tidak ada KEKASIH..disaat itu tidak ada JAWATAN.. disaat itu tidak ada HARTA..itulah diri kita SENDIRI..dan disaat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir yang mengingati Allah dan Allah mengingatnya..yang merindukan Allah dan Allah merindukannya..

Dialah yang maha baik..Dialah yang maha mulia..setelah kita diberi KEHIDUPAN..diberiNya JASAD..lantas Allah meminjamkan pula dunia ini berserta isinya..meminjamkan MATAHARI..meminjamkan BULAN..meminjamkan DARATAN..meminjamkan HAIWAN dan TUMBUHAN..meminjamkan AIR dan LAUTAN yang kesemuanya milik ALLAH..kita tidak menyewanya..tidak pula membelinya..tidak pula berdoa untuk meminjamnya..Allah memberi sebelum kita meminta..

Sedemikian luasnya nikmat Illahi dan kasih sayangNya melebihi semua kasih sayang..melebihi kasih sayang ibu kepada kita..melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita..jangan tahan lidahmu dari menyebut nama Allah..jangan berat menyebut nama Allah..Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah???  Ya Allah..kami berlindung kepada Mu dari pedihnya siksa kubur..kami berlindung kepada Mu daripada pedihnya siksa neraka..pastikan kami selamat dari ini semua Ya Allah..

Akan datang saat waktunya kita semua akan berdiri di hadratul kholiq  di hadapan Rabbul Allamin..Subhanawata'ala..di panggil dengan namamu fulan bin fulan..disaat itu kau akan berjumpa dengan Allah, bertemu dengan Allah, berbicara dengan Allah, ditanya oleh Allah, bertanggungjawab kepada Allah, adakah nama itu di dalam jiwa kita luhur ikhlas, adakah nama itu indah dalam jiwa kita, adakah terlintas kerinduan dalam berjumpa dengan ALLAH S.W.T.

Renungkanlah....