Selasa, 18 September 2012

Mengikhlaskan Amalan kepada Allah.


Kalau ada Ikhlas, Insyaallah sempurna Amalan kita...

Cakap pasal ikhlas ni, sapa-sapa pun blh cakap dan habaq..perkataan yang amat-amat ringkas tapi kalau suruh buat dengan ikhlas atau rela hati...susah!!! nak tau pasaipa...sebab bisikan-bisikan iblis laknatullah dok hembuih kat telinga kita.. soal pasal iklaslaa...mai kita renung sikit Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah" .(Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Dari segi bahasanya ialah  bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka sesiapa yang ikhlas adalah mereka yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.

Dari segi istilah pula ialah  mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. 

 Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.
 

Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali r.a diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Firman Allah, "Katakanlah : Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan